Dalam surah Yusof ada 3 kesah mimpi yang mempunyai nilai dan implikasi besar juga pengajaran yang cukup bernilai.Ia dirangkum dalam konteks yang dibawa oleh Allah SWT yaitu
3 mimpi tersebut ialah:
a)Mimpi Nabi Yusof as yang diceritakan kepada bapanya Nabi Yaakub as
b)Mimpi banduan yang bersama Nabi Yusof as di penjara
c)Mimpi Raja Mesir ketika Nabi Yusof berada di penjara
Dalam posting ini kita akan bincangkan tentang mimpi Nabi Yusof as
raitu
Kalimah راَى dalam secara umumnya bermaksud lihat tetapi di dalam beberapa ayat al-quran ia bermaksud mimpi.Walaupun tidak disebut tetapi kesemua ahli tafsir menganggap ianya penglihatan dalam tidur bukan dalam jaga.Boleh disebut sebagai mimpi walaupun sebenarnya ianya mimpi masa depan.
Pemberitahuan Yusof tentang mimpinya kepada ayahnya Nabi Yaakub
Ada beberapa pemerhatian boleh dibuat:
a)Penggunaan kalimah perbuatan raitu 2 kali.Ahli tafsir memberi pelbagai andaian tapi yang paling menasabah ialah membayangkan taajub Yusof terhadap mimpi dan berlaku teragak-agak dia apabila nak memberitahu yang kesemuanya sujud kepada nya diatas sikapnya yang hormat dan rendah dirinya.
b)Nabi Yaakub akan kehilangan penglihatan tak lama dari peristiwa ini dan apabila digambarkan sebagai simbol matahari membayangkan penglihatannya akan kembali
c)Disebut bintang-bintang 11 sebelum matahari dan bulan merupakan urutan kepada apa yang akan berlaku yaitu adik beradiknya dahulu tunduk hormat kepada nya sebelum ibubapanya.

No comments:
Post a Comment