Thursday, January 24, 2013

Siapa kah Al-Asbat?

Annisak 163

Baqarah 140

Baqarah 136

Ali Imran 84




Kalimah digunakan didahulukan dengan alif lam الاَسباط menunjukkan cucu yang khusus.Khusus kerana cucu-cucu ini mempunyai datuk,bapa,bapa saudara,saudara-saudaranya adalah nabi-nabi.Kalimah الاَسباط hanya ada dalam frasa seperti ini sahaja dan tidak ada kalimah lain di antara frasa ini.Ini membayangkan bahawa ianya adalah generasi yang terus dari Nabi Yaakub a.s .Dalam frasa ini tidak ada nama Nabi Yusof a.s sedangkan ada satu surah yang bernama Surah Yusof.Bukankah ini menunjukkan bahawa nabi Yusof as termasuk dalam  الاَسباط . Tetapi nama Yusof ini timbul apabila Allah menyebut nama-nama nabi lain tetapi tidak disebut الاَسباط  seperti dalam surah Anaam:87


Tetapi dalam ayat 133 surah Baqarah


Di sini disebut  libaniihi “kepada anak-anaknya” bukan al-asbat  membayangkan kalimah asbat memerlukan rujukan khas dalam konteks khas yaitu didahului dengan nama-nama datuk-datuk mereka.

Wednesday, January 23, 2013

Mimpi Dalam Surah Yusof-Mimpi Yusof

"


Dalam surah Yusof ada 3 kesah mimpi yang mempunyai nilai dan implikasi besar juga pengajaran yang cukup bernilai.Ia dirangkum dalam konteks yang dibawa oleh Allah SWT yaitu


12:3



We relate to you, [O Muhammad], the best of stories in what We have revealed to you of this Qur'an although you were, before it, among the unaware.
"The best of stories"


3 mimpi tersebut ialah:
a)Mimpi Nabi Yusof as yang diceritakan kepada bapanya Nabi Yaakub as
b)Mimpi banduan yang bersama Nabi Yusof as di penjara 
c)Mimpi Raja Mesir ketika Nabi Yusof berada di penjara
Dalam posting ini kita akan bincangkan tentang mimpi Nabi Yusof as

12:4
 raitu


(Of these stories mention] when Joseph said to his father, "O my father, indeed I have seen [in a dream] eleven stars and the sun and the moon; I saw them prostrating to me."

Kalimah راَى dalam secara umumnya bermaksud lihat tetapi di dalam beberapa ayat  al-quran ia bermaksud mimpi.Walaupun tidak disebut tetapi kesemua ahli tafsir menganggap ianya penglihatan dalam tidur bukan dalam jaga.Boleh disebut sebagai mimpi walaupun sebenarnya ianya mimpi masa depan.

Pemberitahuan Yusof tentang mimpinya kepada ayahnya Nabi Yaakub
Ada beberapa pemerhatian boleh dibuat:
a)Penggunaan kalimah perbuatan raitu 2 kali.Ahli tafsir memberi pelbagai andaian tapi yang paling menasabah ialah membayangkan taajub Yusof terhadap mimpi dan berlaku teragak-agak dia apabila nak memberitahu yang kesemuanya sujud kepada nya diatas sikapnya yang hormat dan rendah dirinya.
b)Nabi Yaakub akan kehilangan penglihatan tak lama dari peristiwa ini dan apabila digambarkan sebagai simbol matahari membayangkan penglihatannya akan kembali
c)Disebut bintang-bintang 11 sebelum matahari dan bulan merupakan  urutan kepada  apa yang akan berlaku yaitu adik beradiknya dahulu tunduk  hormat kepada nya sebelum ibubapanya.