Sunday, November 6, 2011

Beberapa Fakta tentang penulisan quran dan susunannya

Quran di kertas kulit
(Muzium Yemen)
1-Al quran menamakan dirinya secara consistent sebagai al-kitab yaitu sesuatu yang tertulis.Memberi kenyataan bahawa ianya mesti disimpan dalam keadaan bertulis.Penulis wahyu zaman Mekah antaranya ialah Abdullah b Sa'd b Ali asSarh dan Khalid b Sa'd b al-'As namun tak banyak di ketahui tentang penulisan di Mekah.Manakala di Madinah lebih kurang 65 sahabat memegang tugas penulis wahyu dalam jangka masa di sana.

2-Rasulullah SAW mengimlak wahyu tersebut dan ada proofreading selepas selesai
3-Sahabat2 yang tak tahu menulis akan datang ke masjid dengan pelepah tamar ,kulit atau tulang untuk sukarelawan menulis untuk mereka.Polisi ketika itu,tak dibenar menulis kecuali wahyu sahaja supaya tidak confuse antara hadis dan quran
4-Susunan ayat2 adalah unik dan hanya Allah sahaja yang tahu mengapa disusun sebegitu.,tidak mengikut kronologi atau topik.Ia adalah Kitabullah jadi Allah adalah pengarangnya.Rasulullah SAW yang menetapkan ayat-ayat itu diletak dalam susunan tertentu sudah tentu dengan kehendak Allah
5-Tidak ada sebarang perselisihan di dalam susunan ayat-ayat al-quran.Cuma ada rujukan yang menyebut mushaf Ubayy ibn Kaab dan mushaf Ibn Masud berbeza dari sudut susunan berbanding dengan mushaf Uthmani.Sebenarnya quran mempunyai format yang unik di mana setiap surah berfungsi secara unit yang tersendiri dan tidak bergantung kepada urutan dan susunan.Perbezaan susunan tidak menjejaskan apa-apa di dalam al-quran.Setiap surah berdiri sendiri dan ijmak ulamak tidak wajib membaca al-quran samada dalam solat atau bacaan atau pembelajaran secara berurutan.Tiada surah yang mempunyai nilai perundangan lebih dari yang lain.Boleh hafal secara kedepan atau mula dari belakang,ada ayat-ayat yang sudah dimansukh yang berada di ayat terkemudian dari ayat yang memansukhkan.Rasulullah SAW pernah membaca surah al-Baqarah,annisak dan ali-imran dalam satu rekaat(Hadis Muslim:bab musafirin no 203)tidak mengikut urutan.Tidak ada hadis yang menjelaskan urutan surah-surah.Oleh itu ada 4 pendapat tentang urutan surah-surah:

  1. Semua susunan surah dibuat oleh Rasulullah SAW sendiri
  2. Semua surah disusun mengikut arahan Rasulullah SAW kecuali surah ke9,ia diletakkan oleh Uthman a.s
  3. Semua susunan surah dibuat oleh Zaid bin tsabit.Khalifah Uthman dan sahabat2(pendapat Baqillani)
  4. Rasulullah menyusun setengah dari surah-surah dan yang selebihnya disusun oleh sahabat.(Pendapat Ibn Atiyya)
Ijmak ulamak adalah susunan Al-Quran sekarang adalah susunan mengikut mushaf Uthman.


(Rujukan:The history of Quranic Text: MM Al-Azami)

Saturday, November 5, 2011

Ketepatan Sejarah Dalam Al-Quran

Kalimah  بَعِيرٍ۬‌ۖ  dalam surah Yusof
Dalam surah Yusof ayat 65
لَمَّا فَتَحُواْ مَتَـٰعَهُمۡ وَجَدُواْ بِضَـٰعَتَهُمۡ رُدَّتۡ إِلَيۡہِمۡ‌ۖ قَالُواْ يَـٰٓأَبَانَا مَا نَبۡغِى‌ۖ هَـٰذِهِۦ بِضَـٰعَتُنَا رُدَّتۡ إِلَيۡنَا‌ۖ وَنَمِيرُ أَهۡلَنَا وَنَحۡفَظُ أَخَانَا وَنَزۡدَادُ كَيۡلَ بَعِيرٍ۬‌ۖ ذَٲلِكَ ڪَيۡلٌ۬ يَسِيرٌ۬ 
"And when they opened their belongings they discovered that their merchandise had been returned to them. They said: O our father! What (more) can we ask? Here is our merchandise returned to us. We shall get provision for our folk and guard our brother, and we shall have the extra measure of a camel (load). This (that we bring now) is a light measure. (65)"


Semua penterjemah menterjemah   بَعِيرٍ۬‌ۖ sebagai unta.
Begitu juga dalam Bible.Tetapi dalam quran untuk unta digunakan kalimah ibil( ٱلۡإِبِلِ)
Sudah tentu ada sesuatu tersirat.Dr Maurice Bucaille menyebut bahawa mengikut sejarah pengunaan unta sebagai mengangkut barang hanya selepas kerajaan Rum menakluki Afrika Utara.Di zaman Nabi Yusof unta masih belum digunakan lagi.Ketika turunnya ayat ini unta sudah meluas digunakan untuk tujuan tersebut.
Dalam Lisan Arab makna  بَعِيرٍ۬‌ۖ adalah bermaksud binatang yang membawa muatan.
Inilah kehalusan al-quran di dalam menggunakan kalimah di dalam menerangkan sesuatu.
Begitu juga dalam surah Yusof raja pemerintah tidak disebut sebagai firaun kerana ketika itu belum lagi pemerintahan firaun.


(Ruj:Moses and Pharaoh in the Bibe ,Quran and History:Dr Maurice Bucaille)