Friday, October 28, 2011

Masa:Tahun Bulan/Tahun Matahari Dalam Quran



Masa adalah angkubah yang paling penting dalam mana-mana perkiraan sains. Manusia tidak mampu memahami masa kerana ia melibatkan alam sejagat yang sentiasa berubah dan bergerak.Apa yang kita fahami amat sedikit sahaja yaitu bergantung kepada pergerakan antara bumi,bulan dan matahari

Dalam ayat 5 Surah Yunus:
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءً۬ وَٱلۡقَمَرَ نُورً۬ا وَقَدَّرَهُ ۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُواْ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلۡحِسَابَ‌ۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٲلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ‌ۚ يُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِإِ  لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ (٥
He it is Who appointed the sun a splendour and the moon a light, and measured for her stages, that ye might know the number of the years, and the reckoning. Allah created not (all) that save in truth. He detaileth the revelations for people who have knowledge. (5)


Dalam ayat ini diterangkan bahawa bulan bergerak dalam satu paksi yang melalui beberapa peringkat(manazil)


Dalam surah Taubah ayat 36:


إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٌ۬‌ۚ 
 Lo! the number of the months with Allah is twelve months by Allah's ordinance in the day that He created the heavens and the earth. Four of them are sacred


Dalam bahasa Arab: kalimah Am dan Sanah adalah bermaksud tahun dan mereka menggunakan kedua-duanya tanpa apa-apa perbezaan.Tetapi di dalam Al-Quran ia mempunyai makna yang berbeza


Perkataan sanah adalah tahun bulan dan "Am adalah tahun matahari.


Adalah dimaklum bahawa perubahan cuaca empat musim adalah berkaitan dengan tahun matahari dan kedudukan bumi dengan matahari adalah tetap dan tak berubah.Sebab itu musim sejuk di kutub utara adalah pada bulan December setiap tahun sedangkan umat Islam yang menyambut hari raya akan dapati perubahan hari dan bulan dari setahun ke setahun kerana berdasarkan tahun bulan.


Dalam al-quran ada dua kesah ;satu adalah kesah penghuni gua(ashabul kahfi)-surah al-Kahfi dan satu lagi dalam surah al-Baqarah ayat 259 di mana kedua-dua kalimah ini digunakan





أَوۡ كَٱلَّذِى مَرَّ عَلَىٰ قَرۡيَةٍ۬ وَهِىَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحۡىِۦ هَـٰذِهِ ٱللَّهُ بَعۡدَ مَوۡتِهَا‌ۖ فَأَمَاتَهُ ٱللَّهُ مِاْئَةَ عَامٍ۬ ثُمَّ بَعَثَهُ ۥ‌ۖ قَالَ ڪَمۡ لَبِثۡتَ‌ۖ قَالَ لَبِثۡتُ يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٍ۬‌ۖ قَالَ بَل لَّبِثۡتَ مِاْئَةَ عَامٍ۬ 
(ayat 259-surah baqarah)
Or (bethink thee of) the like of him who, passing by a township which had fallen into utter ruin, exclaimed: How shall Allah give this township life after its death? And Allah made him die a hundred years, then brought him back to life. He said: How long hast thou tarried? (The man) said: I have tarried a day or part of a day. (He) said: Nay, but thou hast tarried for a hundred years."

Dalam kesah ini lelaki yang bangkit selepas seratus tahun mendapati keadaan cuacanya sama semasa ia tidur mula-mula dulu lantas mengatakan bahawa ia tidur seperti sehari sahaja.Sekiranya ia bangkit selepas seratus tahun tahun bulan sudah tentu cuacanya berlainan.Di sini Allah gunakan kalimah عَامٍ۬.
Manakala dalam surah Kahfi:

 قَالَ قَآٮِٕلٌ۬ مِّنۡہُمۡ ڪَمۡ لَبِثۡتُمۡ‌ۖ قَالُواْ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٍ۬‌ۚ قَالُواْ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ(ayat 19)
 A speaker from among them said: How long have ye tarried? They said: We have tarried a day or some part of a day, (Others) said: Your Lord best knoweth what ye have tarried. 
وَلَبِثُواْ فِى كَهۡفِهِمۡ ثَلَـٰثَ مِاْئَةٍ۬ سِنِينَ وَٱزۡدَادُواْ تِسۡعً۬ا 
And (it is said) they tarried in their Cave three hundred years and add nine


Dalam ayat ini Allah SWT memberi isyarat sesuatu,tidak disebutnya tiga ratus sembilan tahun 309(sanah) tetapi disebut 300 tahun ditambah 9.
Dalam 309 tahun bulan(lunar years)bumi kembali ke tempat asal sebab itu tak ada perubahan cuaca kepada ashabul kahfi.Ia juga bermakna 300 tahun matahari=309 tahun bulan.Berdasarkan hubungan ini maka  kita dapati tahun matahari ada 365.2422 hari,tahun bulan(lunar) ada 354.604 hari yaitu tahun bulan adalah pendek 10.6382 hari berbanding dengan tahun matahari.Satu bulan lunar adalah mempunyai 29.55 hari.


Dalam surah Ankabut ayat 14 di sebut Am dan Sanah bersama-sama.


 وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَلَبِثَ فِيهِمۡ أَلۡفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمۡسِينَ عَامً۬ا
And verily we sent Noah (as Our messenger) unto his folk, and he continued with them for a thousand years save fifty years;
Kalau lah maksud Am dan Sanah sama jarak masa maka penggunaan sebegini tak memberi faedah.Berdasarkan perkiraan kaitan yang lepas,1000 tahun bulan(354604 hari=970 tahun matahari) tolak( 50 tahun matahari=51.5 tahun bulan.)Jadi Nabi Nuh as tinggal bersama kaumnya selama 948.5 tahun bulan bersamaan 920 tahun matahari.


Masa adalah relatif samada dalam kehidupan kita di mana kita merasa masa cukup cepat dan kadang-kadang dalam suasana perit atau menunggu-nunggu masa adalah sangat panjang.Sebenarnya hari-hari di bumi ini hanya mengikut  peredaran antara bumi,matahari dan bulan.Kita sedia maklum tentang alam sejagat yang amat luas dan alam yang kita tidak ketahui.Kadang-kadang Allah sebut satu hari disisiNya seumpama seribu tahun kita dan ada disebut seumpama lima puloh ribu tahun kita


وَيَسۡتَعۡجِلُونَكَ بِٱلۡعَذَابِ وَلَن يُخۡلِفَ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥ‌ۚ وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٍ۬ مِّمَّا تَعُدُّونَ
And they will bid thee hasten on the Doom, and Allah faileth not His promise, but lo! a Day with Allah is as a thousand years of what ye reckon(Haj-47)


 تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬
 (Whereby) the angels and the Spirit ascend unto Him in a Day whereof the span is fifty thousand years
( Maarij -4)


(Taken from www.scientificquran.com by Dr Mohamad Wagdi)

No comments:

Post a Comment