Friday, August 5, 2011

Bismillah ku mulakan blog ini pada 6 ramadhan 1432

Blog ni di tujukan khas pada anak-anak dan mereka yang berminat menghayati Al-Quran.Sambil-sambil ku buat revision hafalan-hafalan maka rasanya elok nak di kongsi secebis dari santapan Al-Quran.

Sesiapa nak dengar percakapan Allah,bacalah Al-Quran dan hayati makna-maknanya.Lebih-lebih lagi apabila tambah lagi kekuatan hafalan dengan mengkaji dan menghayati ayat-ayat Allah

Almarhum Sheikh Mohamad Ghazali dalam satu ceramahnya masih lagi ku ingat:Sesiapa yang mahu mencari kitab aqidah yang paling baik,maka dapatkan dari al-quran.

Ya,al-Quran mencuci aqidah kita dan antara doa yang perlu di baca" Allahumma ij'al qur'an rabiul qalbi,wa nur sodri,wa jala' huzni wa zahab hammi: yallah jadikan quran hiasan hati ku,cahaya dadaku,membuang kesedihan ku dan kerisauan ku"

No comments:

Post a Comment